Kuncu-kuncu Cik 18

Wednesday, January 26, 2011

jangan ada dusta

hari ini datang rombongan meminang ke rumah...

aku mintak izin mahu berbincang dengan si lelaki...

"betul mahu menikahi saya? betul mahu saya sebagai isteri??"

"ya.." sambil mengangguk..

"saya banyak kisah silam...saya bukan perempuan yang baik...mahu terima saya yang sekarang atau saya dari lahir sampai kini?"

"awak yg saya nampak sekarang..yang lepas tu biarlah.."

"baiklah, kalo betul mahukan saya, kumpullah duit sebanyak mungkin...dalam masa 5 bulan sebelum kahwin, saya akan adakah sedikit ujian.. dan 3 hari sebelum bernikah, saya akan beritahu mas kahwinnya...setuju?"

"saya dah bersedia"

ujian satu, solat jemaah dan harus menjadi imam...biarpun hanya mampu membaca ayat2 lazim, Al-fatihahnya bagus..lulus..

ujian dua, pengurusan kewangan..lulus juga selepas mengetahui ke mana hala tuju wangnya..Alhamdulillah, tabung haji tak pernah miss...zakat fitrah juga bulan2...

ujian ketiga, tanggungjawab berkeluarga...aku angkut anak2 sedara bawa pegi berkelah...dia pantas memberi tugas dan menjalankan tugas...anak2 kecil gelak ketawa gembira...ajak ke pasar juga tidak kekok...bagus!

semua aku puas hati...walaupon masih tidak sempurna, kesempurnaan itu mungkin akan tercapai apabila bersama nanti...

2 bulan sebelum tarikh nikah...

"saya mahu majlis nikah sahaja..tiada acara persandingan...tiada juga besar-besaran...boleh??"
"saya ikutkan sahaja mana yang baik.."

barang hantaran, busana pernikahan, kenduri-kendara sama2 berganding bahu dibantu ahli keluarga...

3 hari sebelum nikah...

"awak dah sediakan banyak mane utk mas kahwin??"
"awak nak saya beri berapa? saya dah simpan RM10,000..kalo tak cukup, nanti saya keluarkan duit apa yang ada.."
"sikit sangat RM10,000 tuh..."
"iyeke?"
"nanti baca mesej saya"
"baiklah"


tet tet...hanya tersenyum selepas membaca...

tiba hari yang dijanjikan..18 ogos 2018


"aku Nikahkan dikau si M dengan si A dengan mas kahwinnya senaskah Alquran"
"aku terima nikahnya si A dengan mas kahwinnya senaskah Alquran"

sah...sah...sah...


### agak2, aku kene buat ujian macam tuh ker??? senaskah alquran?? wow...bagusnya perempuan yang murah mas kahwinnya..

2 comments:

Cik TeN10 said...

wah! nice2 !! i like !!
ermm for me la kan.. mas kawin tinggi2 tu xberapa penting sgt.. yg penting hari2 akan dtg.. lepas kahwin lg byak duit nk guna.. kalau dulu single.. skrang double.. perbelanjaan harian pn double.. biarlah bersederhana je.. (",)

cik 18 said...

betul2..

tapi kadang2 org tak pikir semua tuh...kawen sekali, sume nak grand..hehe..