Kuncu-kuncu Cik 18

Tuesday, January 11, 2011

saiz kasut 5..

Mata aku meliar dari satu rak ke satu rak yang bertingkat. Hah! Yang sana tu nampak comel. Ada reben di hadapan. Kaki terus melangkah ke hujung rak dengan pantas. Tangan segera mahu mencapai sepatu hitam bereben merah jambu.  Namun belum pon tapak tangan menyentuh, sepatu tersebut dilarikan.

dari google

“saya nampak dulu!”

“saya pegang dulu!”

“mana boleh awak pakai!”

“bukan saya nak pakai!”

“kalau awak tak pakai, bagilah saya!”

“mana boleh. Saya yang dapat dulu.”

“saya yang Nampak dulu. Awak lelaki. Mane boleh pakai. Ke awak pondan?”

“awak cakap baik-baik sikit. Karang ade yang kena cepuk kat mulut merah menyala macam Mak Ngah!”

“eh, awak nih dah lebih.” Tangan aku pantas cuba mencapai sepatu ditangan lelaki itu. Tapi, dia lebih cepat. Tangannya sudah dikalihkan ke belakang badan. Adegan kejar-mengejar sekeliling kedai sudah menjadi perhatian ramai.

“cik, encik. Kenapa nih? Kenapa main kejar-kejar dalam ni. Ini kedai kasut. Bukan taman permainan”

“saya Nampak kasut tu dulu”. “saya capai kasut nih dulu” serentak!

Nyonya berkemeja lantas tersenyum. “lu orang jangan susah hati. Ada banyak saiz lagi. Bukan satu pasang saja. Okey okey. Cik dan encik mahu saiz berapa?”

“saiz 5!” serentak lagi!

Aku panas hati. “saya sebut dulu!”

“tak. Saya yang sebut dulu. Awak lambat 1 saat”

“awak jangan nak lebih-lebih. Mase bila awak ambil masa?”

“haiya. Jangan susah hati. Nanti saya panggil pekerja saya cari saiz 5 dua pasang.” nyonya sempat menyelah.

Lega.  Aku segera duduk di kerusi yang tersedia. Lelaki itu pula tetap megah berdiri. ‘Cehh. Sempat jelling aku tuh. Pondan!’

“Bos, saiz 5 ada satu saja. Dah habis la Bos,” pekerja yang memakai  T-shirt berwarna ungu gelap itu segera membawa kotak berisi sepatu hitam comel tuh ke arah kami.

“ala. Banyak sorry la. Ada satu pasang saja. Macamana?”

“saya punya!”  ahh sudah. Aku sendiri tak pasti suara siapa yang lebih cepat mencelah. Tak boleh jadi nih. Dah 4 kedai aku masuk. Kedai ini jugak yang aku berkenan kasutnya. Dah berkenan, boleh pulak berebut dengan pondan nih.

“saya sanggup bayar lebih!” terkedu aku. Lelaki nih main kotor.

“saya pon sanggup bayar lebih dua kali ganda.”  Lelaki itu ternganga.

“saya bayar tiga kali ganda!”

“saya bayar 4 kali ganda!”

“sudah-sudah. Kasut ini Cuma RM29.90 saja. Kenapa mahu bayar sampai RM100. Saya tak mahu ambil banyak-banyak. Cukup RM29.90 saja.” Nyonya sudah mula bersuara.

Betul juga kata nyonya tu. Kalo dah sanggup bayar mahal-mahal, baik cari jenama Crocodile ke, Vincci ke. Aku pandang lelaki tersebut. Dia juga Nampak seperti sedang berfikir.

“tak jadilah beli!” entah kenapa, serentak juga kami mencapai keputusan.  Lelaki itu pandang aku. Aku lagi tak mahu kalah. Siap jeling maut pisau rambo lagi.

“awak yang nak sangat tadikan. Beli jelah.” Lelaki itu mula mengalah.

“Dahla. Saya malas nak beli. Awak dah pegang. Saya jijik!” sukahati aje aku berkata-kata. Bukan lelaki tu pegang najis pon. Mata lelaki pondan menjengil ke arah ku. Aku segera angkat kaki keluar dari kedai tanpa menoleh kebelakang. Tak kesah la tak dapat kasut tu pon. Nanti jumpa kedai kasut lain aku belilah. Muka lelaki pondan tak mahu mengalah tu buat aku menyampah pulak nak berlama-lamaan kat situ.

 ********************

Minah kepoh keras kepala yang baru saja berlalu itu aku lihat dari hujung mata saja. Bagus juga dia mengalah. Aku pon dah penat nak cari kasut yang sesuai untuk Su.

“Nyonya, saya belilah kasut nih. Harga asal yer.” Nyonya itu tersengih memandang aku. Suka la tuh aku jadi beli. Masa tak jadi tadi, Nampak sangat muka dia dah biru laut.

“cepat sikit Nya. Saya ada hal nih.”

“baik encik. Nah, ini barangnya.” 

Jam dilengan ditoleh seketika. Alamak! Dah pukul 1.45 tengahari. Dah lambat ni. Ini semua angkara minah kepoh tadi. Muka harap je comel tapi keras kepala. Kalau tadi adegan kejar-mengejar, kali ini adegan lari pecut 100 meter oleh Hafiz Rayyan!



### aku ingat nak publish novel ni. korang rase ok tak? nanti aku publish bab-bab seterusnya.

13 comments:

tikusmando said...

dah macam telenovela.

deCrewz said...

Cuba hasilkan 1 blog niche untuk novel.. Tgk prestasi.. Mungkin menarik..

kiwi said...

mcm best..ok gk..bwt la novel..hihi

cik 18 said...

tikos:

senyap arr ko...mexico2 aku xlayan..

cik 18 said...

de crewz:

haha..mmg nak..tp nak tengok reaksi yg pertama dlu..

kiwi:

mg dah lame buat..

one2paii said...

bgus..ada bakat cerpenist cam gua..haha..agak2 lu,kalo gua la yg berubut kasut tuh ngan lu,mesti lu bagi dengan rela hati kan..kui kui kui

Unknown said...

gempakk, sila sambung lagi ;)

cik 18 said...

one2paii:

tq..cehh, nak kredit kt lu jugak..
err, lu hensem sgt ke sampai gua kene mengalah dgn lu??

cik 18 said...

mirafiqa:

ohh, tq..really appreciate dat

Aujinz said...

owh.. dia boleh pusing karakter...
bagus bagus.. koh koh koh

cik 18 said...

hah?? xpaham..karakter mane yg berubah,...

kak dila said...

best jugak cerita nih.....walaupun akak dah tua tapi masih boleh layan novel2 nih.....

sila2 buat...jangan putus asa....

zahidah dihaz said...

wah..best...


New Entry: Sarawak Bloggers: 1st

Anniversary Gathering



Jom join contest mudah Miss Zahidah 4in1 Lucky

Draw

Closing date: 14 Mac 2011, 11.59pm