Kuncu-kuncu Cik 18

Friday, April 15, 2011

ape yang kita perlu tahu tentang industri filem kita..




secara realitinya, jarang aku nak bercerita tentang industri hiburan malaysia neh..dan anggaplah aku ditahap tak tahan dan sebagai penonton, aku berhak memberi pandangan...

filem malaysia selalu dipandang hina...maaf kalo aku katakan begini...mungkin bukan semua tapi sesetengah...ade filem kita yang aku rasa bagus dan ada yang ditahap masih bertatih...macam filem atas nehhh...

aku tak pernah terlibat dengan penggambaran filem mahupon drama...apetah lagi nak tahu kos2 yang dikeluarkan setiap filem...tapi yang pasti, kos membuat filem melebihi ratusan ribu...tolonglah wahai PENGARAH-PENGARAH filem mahupon PRODUSER-PRODUSER filem, buatlah sesuatu filem yang boleh dikagumi dan menarik...bukan saja dari isi cerita tetapi cara penyampaian pelakon itu sendiri...

tahukan anda pembuat filem, anda boleh mendapat penajaan yang besar2 dari syarikat2 diluar sana dengan sekadar membuat filem cincai boncai??? tahukan anda juga, pelajar universiti jika mahu meminta penajaan adalah sangat susah???? tahukan anda, kadang2, program yang dianjurkan pelajar universiti ditahap 10 kali ganda lebih bagus dari filem cabok anda??? tahukah anda, pembuat filem hanya perlu cakap "saya akan mempromosikan dan menayangkan siapa penaja diakhir mahupon diawal filem" lalu mendapat penajaan beribu2???

aku cuba menidakkan pendapat-pendapat penonton filem di malaysia yang akan avoid utk menonton filem melayu..tetapi, bagaimana aku nak halang mereka dari tonton filem luar negara jika filem kita sekadar mempromosikan cerita yang dah biasa ditengok di drama2 television? filem malaysia juga suka menonjukkan cerita cinta yang alahai, entah ape-ape...filem malaysia juga asyik menunjukkan perempuan malaysia yang seksi meksi yang menjadikannya daya tarikan lelaki supaya menonton..filem malaysia juga tidak punye x-factor yang menjadikan filem itu cukup umpphh!..

aku mengikuti twitter beberape pelakon filem...mempromosikan filem2 mereka di twitter mahupon di facebook lalu disokong beberapa peminat mereka dengan mengatakan fiem terbaru mereka itu sunggu hhebat lain dari yang lain hanyalah membuatkan aku kembang tekak! mane taknya...bile aku tengok sendiri filem tu, aku terfikir2, ini filem ke drama? dimana ke'best'an filem tuh dan dimana part yang dicakap sedih, kelakar, menarik lalu membuatka penonton begitu tertarik dengan filem tersebut?

aku suka menilai sesuatu filem melayu dengan menonton seorang diri...bila dalam seorang diri tu aku mampu merasakan sedikit kesedihan mahupon kelawakan, ini bermakna filem itu adelah kebagusannya...jika filem itu mampu mengalirkan air mata aku, filem tu memang bagus...jika filem tuh dah dapat cacian makian aku, layak baling tong sampah (recycle bin)...dan selalu aku minta cerita melayu  dari kawan2 aku akan cakap " nih nak wat peneman aku mase makan mahupon sebelum tido"..dan ini serius!

kadang2, aku terfikir...pengarah filem nih tengok balik ke tak cerita dorang arah??? perasan tak cerita dorang nih tak best??? perasan tak pelakon dorang neh tak reti berlakon?? perasan tak ceritu dorang tuh patut keluar kat tv dalam genre drama je?? perasan tak filem dorang neh tak patut kene bayar rm10??? takkan takde sorang pon dalam produksi filem tuh cakap filem neh ade part-part yg patut diubah, ade part-part yang tak menarik, ade part-part yang tak patut letak pon, ade pelakon yang tak payah diletakkan kat dalam filem tuh dan cakap filem ini kurang memberangsangkan sebelum ditayangkan pada umum???????

aku boleh bagi 5 bintang pada filem arahan KABIR BHATIA...setakat ini, hanya filem dari dia sahaja yang aku takkan kecewa...tapi dia bukan orang melayu..kalo dia melayu, aku memang salute gile2..tabik spring onion berganda2...filem SEPI sangat best..dan aku menunggu kedatangan NUR KASIH the movie..drama arahan dia juga sgt best..aku mula mengenali kabir bhatia sejak cerita KEKASIHKU SERU...


dan filem yang aku rase sedikit sampah dan memang layak dilihat kalo takde cerita adelah dari Prof A Razak Mohaideen..maaf ye Prof...ini pandangan saya...cube lihat berapa banyak filem yang prof keluarkan dan cerita mane yang orang cakap berkualiti?? tapi bagi standard aku, memang takde..cerita untuk buat budak-budak tadika gelak je sume tuh...ade drama lebih bagus dari filem yang prof nih buat...dan setakat neh, produksi dari Sheila Rusli agak memberangsangkan..

so, aku harapkan, jika ade pembuat filem, pelakon, pengarah, bakal2 lulusan dari course2 filem neh yang bace, take note la...bila orang cakap filem melayu teruk, korang marah...tapi hakikat sebenarnya memang yer...taknak orang cakap filem melayu teruk, buatlah elok2...kalo cerita bagus, orang takkan pertikaikan harga tiket beb! orang tak kesah utk pergi tonton...aku tahu mungkin susah nak buat filem tapi sekali buat, buatlah yg baik...


okehlah...see u all soon...maaf dah lame xupdate..kecewa sungguh cerita sampah ratu neh difilemkan...inlah penyebab utama aku post entry neh..

1 comment:

Anonymous said...

yup...setuju 100%..kebanyakkan filem Malaysia adalah kurang memuaskan...hanya segelintir yang betul2 serius wat filem je yg okie dia nye filem..KHABIR BHATIA mmg salute giler...mmg SUPERB dia nye arahan....