Kuncu-kuncu Cik 18

Thursday, October 28, 2010

benarkah kaya dan cantik itu ujian?

Cik 18 tertarik dengan sedikit sentuhan si dark half dalam entrynya yang ini..

Kenapa aku yang solat ni susah benar nak cari rezeki halal compared tu mamat cibai yang makan rasuah untuk sarapan dan tak pernah sujud tu?
bukan mamat scuba nih je  yang perasan..Cik 18 yakin ramai lagi yang perasan tentang hal ini...tapi kefahaman tentang maksud disebaliknya agak kabur...

kes 1: 
seorang gadis nih sangat cantik...ditawarkan menjadi model sejak zaman bayi-bayi sehingga sekarang..sudahlah menjadi model, ditawarkan melanjutkan pelajaran ke tahap yang tinggi...walaupon bizi dengan modelling yang menayangkan segala susuk tubuh, masih juga pointer ditahap yang boleh dibanggakan..kalo di institusi pengajian Malaysia nih, jangan kata 3.0 pointer, 3.5 pointer pon takap kenyit mata jer...asyik-asyik dijulang sebagai dean list setiap sem..udahlah cantik, pandai lagi, sekarang, duitnyer melambak-lambak hasil peraga body...sungguh perfect!

kes 2:
mamat nih kaya...kaya sangat...kereta ferrarinyer saje mencecah jutaan ringgit..itu belum rumah, tanah, lot-lot perniagaan yang dia ada...kalo nak ikotkan cara hidupnya, sekejap saja duit yang berkepok-kepok tu habes tapi masih juga kaya-raya.. kalo cakap pasal rasuah tu, memang mamat nihla hantunya...pergi clubbing, minum arak, silih berganti pelacur tapi masih juga nikmat duit tu datang setiap masa..orang pula sentiasa sanjung...kawan-kawan ramai yang sanggup bergolok bergadai semata-mata mahu merasa sedikit kemewahan dari mamat nih..

nampak tak??? pelbagai nikmat yang manis Tuhan bagi..bukan satu dua...tapi sedar tak semua nikmat tuh adelah dugaan??

nikmat luar biasa ini dinamakan istidraj..maklumat lanjut mengenai istidraj tuh di sini...

jangan berbangga melihat segala nikmat itu datang pada kita sedangkan itu semua ujian dari Allah untuk Dia tengok bersyukur ke kita dengan segala rahmat dan kurniaan dari-Nya...


jangan pula bersedih, lemah dan longlai lalu menyalahkan Tuhan jika kita ditimpa dugaan seperti sakit, bankrup, kene buang keje, putus cinta dan macam-macam lagi...

atleast kite tahu itu adalah dugaan bagi kita supaya kita ingat balik siapa pencipta kita..cuba bayangkan, kalo kita sihat, kaya, cantik, banyak duit, mudah ke kita nak ingat Allah?? mudah ke kita nak ucap Alhamdulillah??? mudah ke kita nak bersyukur dengan apa yang kita ada???

so, renung-renungkan dan selamat beramal....



### Cik 18 hanya mahu berkongsi sedikit kefahaman tentang dugaan hidup..diri sendiri sebenarnyer masih lemah dan masih perlu dipimpin..

5 comments:

ENCIK TIKUS said...

like this entry

± said...

well said, cik 18!!
bagi aku, lebih baik terima dugaan berupa kesusahan dr Allah berbanding istidraj. bayangkan kalau mati dalam keadaan camtu...menakutkan

Ard said...

betul.
ALLAH x uji seseorang tu, melainkan sesuai dgn kemampuan seseorang tu.
n, ujian ALLAH tu jugak sbgi 1 care utk tmbh keimanan kite ^^

Anonymous said...

salam

ya benar. kerana itulah Allah menurunkan bencana buat mereka yang diberi nikmat tetaoi kufur dan alpa untuk bersyukur.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang terkanan

Anonymous said...

betul2!
setuju!