Hai sume…mesti ramai lelaki terkesima melihat tajuk Cik 18 nih…apehal plak ikan dikaitkan dengan anak perempuan…kalo nak tahu, tunggu hujung2 nanti Cik 18 bagitau..
Penah tak korang ade kawan yang tak makan ikan?? macam-macam alasan dorang tak makan ikan..ade yg kata sebab penah tersekat tulang..yg lain plak kata pernah tengok ikan goreng ade darah…yang tak tahan, sebab ikan tu hanyir…nyampah! Cik 18 makan ikan taw…so, xde alasan hokee..urghhh…terbayang siakap 3 rase, ikan bawal stim limau, asam pedas ikan pari….ngancam betul! Laparnyer perot Cik 18 nehhh..
Meh sini Cik 18 bagi taw ape khasiat ikan2 ikot jenis ikan..
Tenggiri (Mackerel)
Kaya dengan omega-3, Vitamin D dan selenium. Mengandungi 2 ~ 3 % asid lemak omega 3. Bagaimanapun, kandungan lemak omega-3 berbeza mengikut musim. Kekurangan selenium boleh mendatangkan penyakit jantung dan kanser.
Salmon
Dikatakan spesis kedua kaya dengan omega 3 selepas Tenggiri.
Ikan Kayu/Tongkol (Tuna)
Dikatakan spesis kedua kaya dengan omega 3 selepas Tenggiri.
Ikan Kayu/Tongkol (Tuna)
Ikan tuna kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega-3. Tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak omega 3 kerana kandungannya terlalu rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan sebelum ditinkan.
Ikan Kod (Cod)
Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak limpa ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.
Ikan Parang (Wolf-Herring)
Mengandungi omega 3, vitamin A dan C, kalsium dan zat besi.
Sardin (Sardine/Pilchard)
Boleh didapati dengan harga yang murah di pasaran tetapi sangat berguna untuk sumber protin, zat besi dan zink termasuk semua jenis nutrien yang terkandung di dalam ikan-ikan yang disebutkan di atas termasuk omega-3. Sardin tergolong dalam kumpulan yang sama dengan salmon dan trout.
Siakap (Barramundi)
Siakap harganya agak mahal tetapi ia tidak kurang juga khasiat protin dan omega-3. Masakan popular yang menyelerakan ialah siakap tiga rasa. Tetapi lebih baik ia tidak digoreng terlebih dahulu demi memelihara khasiatnya.
tolonglah terliur hokeee!!
Ikan Bilis (Anchovies)
Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Ia seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin yang berfaedah kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran.
Belut
Belut kaya akan zat besi (20 mg/100 g), jauh lebih tinggi dibandingkan zat besi pada telur dan daging (2,8 mg/ 100g). Konsumsi 125 gram belut setiap had telah memenuhi kebutuhan tubuh akan zat besi, yaitu 25 mg per hari. Zat besi sangat diperlukan tubuh untuk mencegah anemia gizi, yang ditandai oleh tubuh yang mudah lemah, letih, dan lesu.
Ikan haruan pon bagus gak untuk orang lepas bersalin dan pembedahan….perasan kan iklan pati Ikan Haruan sume tu???
Hokey, mesti dah xsabar2 nak tunggu…sebenarnyer, anak lelaki atau anak perempuan, sume rezeki dari Allah la..tapi pernah terbace survey yang beritahu pasal kalo berderet anak perempuan, memang mostly ayahnya tak makan ikan…
Jangan percaye seratus peratus…Cik 18 dah penat hah berceloteh!
## tolongla percaya Cik 18 tahu dan kenal banyak jenis ikan...kalo mau test kepintaran Cik 18 , mari ikut Cik 18 ke pasar...
4 comments:
erkk ye ke nih? miahahaha aku golongan yang xmakan ikan.. pasal apa? entahlerr
huhu sekarang tengah pantang ikan..
padin: wahaha...abeslah xde anak pompuan nanti..
izuan: awatnya izuan???
ikan laut feveret lah
Post a Comment