baru beberapa minit yg lepas, Cik 18 duduk-duduk semeja dengan rakan sekelas...(wah, kuar malam tuh!) jangan risau, masih dalam kawasan kolej yang menempatkan ramai orang yang mahu supper konon-kononnya..
topik hangat di meja bukan pasal diam, pendam, cerita dan terus-terang...tapi pasal ape yang xpernah Cik 18 tahu disebalik dunia lelaki...
Cik 18 banyak berkawan dengan lelaki...sometimes, ade mase Cik 18 rase Cik 18 boleh memahami mereka...kadang2, tidak..kadang2, ade mereka berkelakuan lain dihadapan Cik 18 tapi dibelakang, mereka lain..
buruk ke lelaki main belon? |
lelaki ini payah bukan?? jika cerita tetang hati, yang pasti bukan rakan-rakan sejantina yang menajdi pendengar...malu, ego itu pasti..kene jaga standard..lelaki kene nampak macho..cerita antara mereka hanya bola, kereta atau awek cun..itu xpenah lepas..
tapi, sape sangka...sejak menjadi kaunselor dan pendengar pada banyak mulut lelaki, sebenarnye lelaki ini juga jiwa yang lemah walau luar nampak gagah...sungguh!! Cik 18 xpenah tipu (penah..tapi utk bab ini, tak!) mereka juga mampu menangis tersedu-sedu semasa bercerita..mujur Cik 18 tidak nanges sekali..
jangan pendam..cari kawan, cerita masalah...jika kawan itu xmampu beri pandangan, sikit2, bile bercerita, hati tenang...yup..itu yang selalu Cik 18 katakan..lelaki lebih banyak pendam..kadang2, Cik 18 perlu mendesak kerana jika tidak, nampak seperti mereka tidak mampu berfikir panjang dalam tindakan mereka...
tiada sapa tahu lelaki amat mudah menjatuhkan airmata bila dia tidak dihargai dan kehilangan..serius! kebanyakan kes yang Cik 18 handle, sume merasakan 2 perasaan ini mampu menjadikan air mata mereka sangat murah...bukan Cik 18 bangga bile melihat air mata itu tapi Cik 18 rase terharu bila terpilih menjadi seorang pendengar..
jangan fikir anda keseorangan.. |
ape yang penting di sini, Cik 18 hanya mahu tekankan...jika anda lelaki, ada masalah, cari orang yang boleh dipercayai utk mendengar cerita anda..tak perlu pendam lame2 seorang diri kerana masalah itu akan pasti memberatkan anda...jangan kata anda mampu memikul seorang diri kerana lelaki cabarannya lebih berat... masalahnya lebih banyak..
A: xtahu nak cerita macamana
Cik 18: cerita saje
A: (setelah diam beberapa ketika) kenape aku seperti tak wujud?
Cik 18: siapa kata? aku nampak kau..kau sedang minum teh tarik roti tampal 2 tau!
A: kau main2 plak..
Cik 18: sambung cerita
A: orang hanya berkata, menuduh...aku bukan suka untuk mempermainkan hati perempuan
Cik 18: jika bukan, ape puncanya?
A: kadang2, kita perlukan orang yang lebih faham kita untuk bercerita..
Cik 18: jadi, awek benar2 kau tak mampu bercerita?
A: dulu ia..tapi, sejak menjadi awek, aku penat untuk menjadi seorang yang sentiasa cool dan memahami hati perempuan...perempuan begitu ke?
Cik 18: entah..mungkin ada, mungkin tidak..
A: kadang2 juga, aku bingung, aku sudah buat ape yang aku mampu..masih juga tidak berkesan..ape yang mahu aku tunjukkan?? bedah dada aku untuk tunjuk apa dalam hati aku??
Cik 18: xperlu...darah jer nampak nanti..
A: habis, ape aku nak buat?
Cik 18: kau cerita pada dia apa kau rase..jika kau berterus-terang, walaupon sakit untuk didengar, sedikit sebanyak, dia tahu ape kau rase..juz cakap..jujur pada diri..masa tengah beginilah kau perlu jujur..takut nanti da kawin, asyik gaduh.
### lelaki paling susah untuk bercerita tentang hati...itu perkara pokoknya..betul bukan??
2 comments:
nak cerita takut kena gelak plak...
haha
payah kot nak cari org yg senang nak cerita semua benda... last2 handle sendiri :D
Post a Comment