Kuncu-kuncu Cik 18

Friday, October 29, 2010

ahhh...bosan dengan pentadbiran si Majlis Perbandaran

isu pembelanjawan negara dah selesai...bonus kakitangan kerajaan RM500..apelah sangat rm 500 dengan gaya hidup rakyat Malaysia sekarang nih...aleh-aleh, dalam mase sehari jer dah abes 500 tuh...

abang sedara Cik 18 di petronas bising..elaun dia akan berkurang sket lepas nih sebab rm 500 yang terpaksa diberi kepada kakitangan kerajaan dan segala perbelanjaan negara yang akan ditanggung Petronas tahun ini...siapa lagi nak support Malaysia kalo bukan mereka..duit Tabung haji dah abes dikebas..(opsss!!) kalo ikot kefahaman Cik 18, setiap syarikat2 besar akan menanggung sedikit perbelanjaan negara dari keuntungan mereka..itu cerita orang dewasa yang sempat Cik 18 dengar..

Cik 18 bukan nak ape..isu duit kerajaan nih isu besar..kita bukan tak tahu petroleum yang ada kt terengganu tu berkualiti tinggi..dijual pula dengan harga yang sangat tak berpatutan..yang kita guna pula petroleum berkualiti rendah...air pula kita jual kat Singapore sangat murah..nak bandingkan dengan bil2 air yang terpaksa dibayar oleh penduduk malaysia sendiri..

kalo nak bace isu-isu duit Malaysia yang ke mane habesnya, meh bace sini dan sini...

eh, sebenarnyer Cik 18 bukan mahu cerita pasal nih..ini politik bukan???

Kat sini, Cik 18 nak cakap, I LOVE KL MORE THAN JB..ini hakikat...isu parking di jb nih memang cam haremmmm bagi Cik 18... kenape Cik 18 cakap cam nih??? nak tahu??

beberapa hari yang lepas, Cik 18 ade makan di sebuah kedai di area Taman U..memang tahu disitu kene bayar parkng tapi dimana tempat penjualan kupon tu pon tak tahu..dari mencari-cari, baik makan sekejap..lagipon memang waktu tu area orang tengah makan tengahari...dan sememangnya, Cik 18 takkan nak mencari kupon sebab makan pon maybe setengah jam dan blah..

mase nak balik, tengok2 ade saman...RM 30 dan kene bayar dalam mase 14 hari..yang Cik 18 rase hangin, dahla kupon tu tak tahu jual di mana, pastu sebok lagi nak saman-menyaman...kalo orang luar JB datang, agaknya dah cukup nak bayar gaji 10 orang  majlis bandaran tuh..seyes memang orang takkan perasan disitu akan dikenakan bayaran utk parking...

KL lagi mudah kot...parking dia ade tempat bayar...50sen 1 jam..dan tempat bayaran dia merata-rata dan memang mudah nak nampak..dan resit bayaran tuh dipamerkan di dashboard kereta..seyes lagi mudah orang nak bayar parking bila tak susah nak mencari..

senang citer, kalo nak duit parking kereta nih, buat cara yang mudah untuk orang bayar...bile susah, tak de orang nak bayar dan saman akan dikenakan...ke ini cara Majlis Perbandaran  nak dapat duit dengan mudah?? kenekan sistem yang susah dan duit masuk dengan senang...memang cam nak pekik kuat2 kat telinga orang yang bagi cadangan pada sistem nih...



### ahhh bosan!! di mane negara yang prihatin dengan kebajikan rakyatnya??? Cik 18 nak duduk dan menginap disitu..

 


1 comment:

avid said...

kalau ikut index HDI yang paling latest dari world bank, negara yg paling prihatin dalam kebajikan rakyat adalah Norway.

ikut rhinoarcire.com, parking ticket kat norway adalah dlm region USD 120-150. lebih kurang RM450. amacam, baik tak orang jb?