Kuncu-kuncu Cik 18

Friday, December 17, 2010

same standard ker?

selamat hari jumaat..byk2 berselawat dan beristighfar moga syafaat Nabi milik kita..Insya Allah..

berbalik pada tajuk, cube tanye setiap orang yang belum kahwin, yang nak kawen, dan yang nak tambah jadi dua, tiga, empat tu....bagaimana ciri wanita atau lelaki pilihan mereka???

i bet u all, semua nak mendapatkan pasangan yang tip top bukan saja di mata mereka tapi juga di mata orang lain..



even mat rempit suar rabak pon mahu perempuan lemah lembut, sopan, ayu, pandai masak dan hormat orang tua...pelacur blakang lorong pon takkan selamanya mahu menjadi pelacur dan mereka juga mengharapkan akan ade lelaki yang datang membimbing mereka dan keluar dari kancah maksiat...

tapi, adekah sekadar merempit, melacur, duduk kat kedai mamak sampai ayam berkokok kejut subuh dan duduk di kelab-kelab malam akan dapat lelaki soleh dan perempuan solehah???

kalo ade, itu memg rezeki awak la...

dalam Alquran Allah dah kata perempuan baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya..kita sebagai manusia kene fikir dan fikir dan terus berfikir...jika mahu lelaki soleh, adekah cukup mencarinya di kedai mamak??? carilah di masjid dan surau2..

tapi, bukan maksud aku pergi masjid hanya untuk cari jodoh..itu cuma sampingan..pokok perkaranya adalah bagaimana kita mencorak diri kita..

kalo kita mahukan jodoh yang baik untuk kita, kenapa tidak kita saja yg merubah diri kita kepada yang lebih baik?? bila kita merubah diri kita ke arah yg lebih baik, lagi mudah untuk kita menghampiri orang yang baik-baik..

jangan terlalu berharap yang baik-baik jika kita sendiri takde usaha untuk menjadi yang baik..

bear in mind plez my dear readers...Allah takkan merubah nasib setiap kaum kalo mereka sendiri tidak mahu merubahnya...


menjadi yang perfect amat susah tapi berusaha untuk menjadi yang terbaik adelah lebih baik dari duduk tilik nasib dan hanya mengharap...

kita hanye berusaha, bertawakal dan berdoa..yang menentukan yg terbaik untuk kita adalah Allah..Allah tidak kejam jika kita mendapat apa yang kita tidak suka tapi fikirlah, yang kita nak tak semestinya baik untuk kita..



stay tune to the next entry yaaa...

assalamualaikum..



### bile bace balik entry nih, seyes rase nak buat tajuknya adalah BAIK

### simulation hari nih baru sampai stage 5 walaupon dah 3 hari komputer running...bilelah nak sampai stage 10...nak balik rumah...hmmmphhh

3 comments:

Mr. Asada said...

bak kata pepatah, jangan impikan bawak kapcai 150km/j kalau karberator tak overhaul. so kena ada perubahan dlu.. modified kapcai baru leh race. ;P

Amir Syahir said...

jgn pernah ada sifat mazmudah walaupun anda bernama maimunah mahupun maznah.

Aujinz said...

betul betul betul..

ubah diri sendiri dulu untuk mencari yang terbaik